Tuesday, December 18, 2012

Percutian singkat di Fraser Hill

Salam sume :)..kali ni...leen nak sambung semula entry mengenai perjalanan ke Fraser Hill. Sebenarnya Fraser Hill ni antara laluan nak balik ke kampung suami di Raub Pahang. Oleh sebab tak pernah sampai, jadi petang tu kami pun buat keputusan untuk naik ke atas..

Kami naik melalui jalan Bentong - Tranum - Fraser Hill..perjalanannya sangat lah mencabar..macam ular kena palu rasanya belok-belok. Rasanya perjalanan ke Fraser Hill ni lagi teruk dari Cameron Highland kot..Oleh kerana dah ternaik, jadi kami pun teruskan perjalanan ke atas.


Hihi saja ambil gambar gari Google Map..tengok la jalannye..huhu memang ngeri..
Sebelum Sampai..sempat gak berenti tepi, alhamdulillah anak2 ok, yang teruk muntah-muntah leen sendiri. Aduhai memang mabuk sebelum nak sampai.


Ni antara persimpangan untuk naik ke atas.


Antara Check poin yang perlu diambil gambar

Trademark Fraser Hill di menara jam



Sempat solat di Masjid Bukit Fraser..huhu sejuuuk air kat atas sana.

Bergambar sikit-sikit sebelum turun semula...

Saturday, December 8, 2012

DAY 3 SABAH SYOOOKK

    HARI KE 3
                     Misi lawatan ke sekolah selesai..Syukur memang banyak pengalaman dan ilmu yg kami gali dan perolehi. memang berbaloi dan bersyukur diberi peluang untuk mengikuti Lawatan kali ni.
Dalam Program, rancangnya hari ni nak pergi kaki Gunung Kinabalu, Ranau, Kundasang, naik Jambatan Tamparuli dan banyak lagi...hihi hari yang best!

Destinasi pertama..Rumah Terbalik..unik rumah ni...semua struktur direka terbalik...ini daya tarikan rumah terbalik ni :) info: bayaran untuk masuk RM10 saje :)

 
Kami yang sempat berposing :)
 
Destinasi ke2 Jambatan Tamparuli
 
Debaran kami dia atas Jambatan Tamparuli...terasa nak nyanyi lagu Jambatan Tamparuli...hihi
 
 
 
Muka berani leen atas Jambatan Tamparuli...tinggi tau Jambatan ni...
 
Kami Cikgu-cikgu Vouge di kaki Gunung Kinabalu
 
 
Sempat bergambar sebagai kenang-kenangan tanda dah sampai sini
 
Ni la bas yang berjasa bawa kami berjalan di sana
 
 
 
 
Akhir sekali, kami ke sungai Moroli di Ranau. disini kami dapat pengalaman beri makan ikan kelah sendiri guna tangan..ikan-ekan di sini memang jinak. dengan modal 50sen beli makanan ikan je dah cukup beri pengalaman yang menarik beri ikan makan guna tangan sendiri...tak percaya?
 
 
 
Ni tangan leen sendiri...mula-mula memang terasa geli sebab ikan-ikan ni sume berebut2 nak makan makanan ikan yang ada di tangan...tapi bila sudah cuba berkali-kali..akhirnya semua ikan-ikan ni jinak di tangan kita.  memang pengalaman yang berharga bila dapat beri ikan ni makan guna tangan sendiri..
 
Petang tu semua sudah keletihan dan bergegas balik ke BTP untuk bersiap-siap untuk Jamuan malam Akhir..Oleh kerana dah penat menulis..nanti leen sdambung lagi..syook sangat lawatan kali ini ...mudah-mudahan leen terpilih lagi untuk ikuti geng-geng yang hebat-hebat ini. banyak sangat info dan perkara yang dapat dipelajari dan yang best lagi dapat shopping mutiara banyak2 dengan harga yang sangat murah..
 
Jika diberi kesempatan lain kali comfirm nak datang Kota Kinabalu Sabah ini lagi..jalan-jalan SABAH memang best!!!!. Next time nak datang bersama keluarga dan shopping mutiara sakan2...hihihi.
 


DAY 2 SABAH

       Hari ini kami akan melawat sebuah lagi sekolah yang hebat di Sabah. Sekolah ini terletak kira2 30 minit perjalanan dari tempat penginapan kami di BTP Sabah. Sesudah sampai, kami pun di sambut dengan penuh gilang gemilang...syukur kami terpesona dengan persembahan dan sajian yang telah dihidangkan kepada kami:)
 Kenangan dapat bergambar bersama bendera SABAH.
Dari kiri cikgu Atiqah, Cikgu anis, cikgu Azfahani, cikgu Habsah, cikgu Azleenda dan cikgu Syikin :)
 


Antara Persembahan yang disajikan kepada kami
 
 
Bila cikgu-cikgi di ajak menari bersama..memang sporting sumenya...
 
 
 
Selepas selesai melawat sekolah ke3. kami pun dibawa bejalan dan bershopping di Pasar Filipine..ape tunggu lagi...masa untuk shopping mutiara dan perkena seafood la...hiiho
 Pemandangan di belakang pasar Filipine. Makanan laut yang peggghhhh memang besar2.
 
 Bila tengok comfirm meleleh air liur. haaa sebelum itu jom ambil gambar puas2 dulu udang ni :)
 
 Hahahah tak pasal2 jadi model ikan masin...akekekekk sakan memborong ikan masin dan mutiara.
 
 Rezeki kami...masa di sana ...ada antara cikgu yang dah biasa sampai...jadi, ni kedai yang kawan-kawan bawa...memang murah mutiara kat kedai ni...kalo tak salah kat Plaza KK kedai ni :)

 Antara makanan wajib dibeli bila sampai sabah...kuih cincin, amplang dan ikan masin keropok.
 
 Sempat lai berjalan ke Muzium Sabah dan kampung Warisan.
 
Perhentian terakhir untuk hari ini ialah tanjung Aru :)...jom makan burger dan minum ABC ;)
 

Sempat lai tunggu matahari terbenam...so sweet :) ni idea, anis, atqah dan azfahani la...hihi leen pun terjebak gak :)
 
Malam tu kami rehat dan siap2 untuk ke kaki Gunung Kinabalu esoknya ...sambung lagi ya chhhoooowwwww :)
 
 
 

LAWATAN PENANDA ARAS KE SABAH 19-23 SEPTEMBER 2012

          Lawatan Penanda Aras Guru Pemulihan Negeri johor ini telah dirancang hampir setahun dan Syukur Alhamdulillah kami sudahpun selamat pergi dan selamat pulang  dan banyyak pengalaman dan ilmu yang kami geng guru pemulihan Johor perolehi sepanjang kami disana.
    


          Ucapan ribuan terima kasih leen ucapkan kepada pihak2 yang terlibat menjayakan lawatan kami dengan jaya dan selamatnya. Sabah...antara negeri yang leen belum pun pernah sampai...jadi bila diberi peluang untuk mengikuti Guru-guru yang hebat-hebat pergi...apa yang leen mampu kata kan syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk belajar dengan lebih banyak ilmu sepanjang di Sabah. Terima kasih kepada tempat penginapan, Bhagian teknologi Pendidikan BTP, Sekolah yang terlibat iaitu SK Kepayan, SK Lok Yuk Telipok dan Sk yang sudi menerima kami sebagai tetamu kehormat sepanjang di Sabah.

HARI PERTAMA

            Oleh kerana ni kali pertama leen sampai di sabah...ada gak terasa keliru dengan masa..seperti yang kita tahu...masa disana awal satu jam..jadi...seawal 6.30 pagi kami dah berkumpul di bawah...Suasana sudah terang kalau di semenanjung, jam 6.30 pagi gelap lagi...

Guru-Guru Pemulihan Johor..Bersiap sedia untuk bergerak ke destinasi pertama

Sekolah pertama, Rombongan kami sampai ialah Sekolah Kebangsaan Kepaya.Sekolah ini merupakan antara Sekolah terhebat di Sabah.

Welcome dance dari penari cilik Sk Kepayan..tarian Sumazau.

Sempat bergambar bersama penari cilik yang pandai menari...mereka berjaya hiburkan hati kami yang menonton :)

 Kemudian kami dibawa melawat ke bilik pemulihan SK Kepayan..Cantik lukisan yang dilukis di dinding...hebat cikgunya melukis.
Antara ABM yang creative yang dihasilkan.

Banner Selamat Datang Ke kelas SAMURAI ( saya murid pandai)

Set Nombor

 Lukisan Upin dan Ipin yang Ceria berjaya membangkitkan smangat murid untuk belajar.


 Persembahan dari murid sekolah ke dua yang kami lawati.



Antara idea menarik 


 Kelas yang ceria


Ini antara banyak gambar yang diambil..nak masuk banyak2 nanti letih nak story...hihihi ncukup la sikit2 je ek :)..Banyak info dan pengetahuan yang kami perolehi dari 2 sekolah yang telah dilawati harini di samping dapat berkongsi idea, kami sempat bercerita mengenai pengalaman semasa mengajar dan mengendalikan murid2 dalam kelas..

Oleh kerana sekolah yang kami lawati tu agak jauh..semua ahli rombongan pun kepenatan..Ready untuk sekolah ke  esok hari...okieessss leen sambung 2nd day di sabah pada next entry ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...