Cuti2 Pulau Pangkor 2nd Day.


HARI KEDUA :) JALAN-JALAN PULAU PANGKOR

Pagi2 lagi kak liza dah masakkan kami nasi lemak sebagai als perut...Alhamdulillah memang kenyang.
Jam 9.00 kami pun bertolak ke Jeti Marina, saja nak naik dari jeti marina coz tak pernah lagi naik dari sini. Sampai2 terus cari tiket..kalo nak tahu, kalo naik dari jeti marina ni, kita kena jadi member sebelum nak li tiket rm 10 huuhu rasa rugi pula, tapi takpela..


Mama dan ayah posing-posing dulu menikmati keindahan Jeti Marina Lumut sebelum naik feri berlepas ke Pulau Pangkor.



Feri pergi balik dari Jeti Marina ke pulau Pangkor hanya rm10 saja, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit saja...Ingat...tiket yang kita beli akan digunakan pergi balik...so masa balik nanti pun nak guna juga ya. So jangan sampai hilang coz tiket valid 30 hari.


Sesudah sampai, maka janganla risau...banyak abang-abang teksi san kereta sewa yang dah siap2 standby depan jeti untuk ambil penumpang. so ape lagi, bayar sajala...hihi


Ni la rupa teksi di sana..sume teksi rupa van.. perjalanan untuk keliling pulau untuk satu family RM80. Jadi tak payah sewa2 kereta atau susah-susah, naik van dan abang van akan bawa keliling pulau dan tunggu kita posing-posing ambil gambar.hihi


Destinasi pertama yang kami lawati adalah Kota Belanda.


Pusing-pusing, ambil gambar dan kami menghayati sejarah Kota Belanda.




Antara gambar kenangan kami di Kota Belanda


Ini merupakan tempat kedua abang teksi bawa kami nama tempat ni Galeri Pangkor. Rasanya Galeri Pangkor ni baru lagi sebab dulu-dulu datang macam belum ada...huuhuh


Antara deretan gambar yang terdapat dalam galeri

En. suamiku yang sempat posing...hihi


Background gambarni menunjukkan perkampungan nelayan...abang teksi yang kasi idea suh ambil gambar kat sini, katanye view kat sini cantik. 

Kemudian, kami dibawa menyusuri lorong-lorong kecil untuk ke Tokong Cina ni. 


Syahmi tanya , kenapa patung ni ada di sini?...kalo nak tahu, patung ni ialah tabung donation...jadi kalau ada yang hendak menderma bolehla masukkan dalam poket patung ni..


Ni pula antara tarikan yang menarik di sini. Ni Giant kata syahmi, sebabnye saiz ikan ini sebesar manusia. Panjangnye pun dah mencecah 5-6 kaki...huhu memang besar.


Terasa seperti berada di negara China pula...hiihi


Ayah dan arham sempat ambil tempat tinggalkan kenangan di sini.Ada banyak lagi pemandangan cantik kena naik tangga tinggi, tp dah tak larat...kami jalan di bawah je.


Habis bergambar, kami ke kilang membuat sotong gula. di sini banyak juga sotong gula yang sedap-sedap yang boleh dibawa balik sebagai buah tangan , kata abang teksi kalo nak beli, lebih baik beli di sini, kalau dah sampai lumut nanti jadi mahal.


Last destination, Teluk nipah....ha ni gambar Amma dan Lela..cian lela yang sarat mengandung sedang dok berehat kepanasan . oppppssss jangan marah leen masukkan gambar korang sekali...hihi


Sebenarnya kami tak ada rancangan untuk tidur, baju pun hanya bawa utuk persiapan mandi-manda petang nanti saja. Memang tak rasa ada bilik sebab kami walk in saja kebetulan esoknya public holiday Deepavali. Nak jadi cerita, memang rezeki kami. 


Alhamdulillah dapat check in bilik ni di Liyana Villa hanya RM 90 semalam sahaja dan  memang berbaloi.



Ok dah penat Round pulau dan posing-posing , bilik pun dah ada kami lunch dan solat .
Kata ayah tunggu redup sikit, kesian pada anak-anak.

Aktiviti petang kami diisi dengan aktiviti air.


ooohhhyeeeaaaa mama, we are ready!!!! hahhaha


Mula-mula, sebelum mandi-manda, kami buatt keputusan nak naik bot keliling pulau yang berhampiran Pulau Pangkor. Naik boat yang besar siap bumbung RM80 nampak cam lebih selamat. Tapi oleh kerana buayah kata nak lebih advanture, hihi ayah pilih naik bot kecik je RM40 untuk siap jalan keliling pulau.



Muka berani mama dan Arham.



cinta hati saya yang hebat dan berani...:)



haaaa kalo naik boat yang atas ni la RM80. 


Sampai satu pulau, kami berpeluang bagi ikan makan dan main-main snorkling. waktu kami pergi, kebetulan orang tengah rai, so memang happening!.


Separuh jalan pusing Pulau, kami ditinggalkan mandi manda di satu pulau ni, namnya Coral Island..


Wajah Ceria en. suami saya :)


haha dah puas pusing pulau, tengok jet ski ni terliur la pula....Jom naik jet ski pula kata ayah!...wah memang syoookla ayah ni...pengalaman naik jetski memang seram, tp memang syoookkkk...lagi2 bila dapat bawa laju2...yeeeehaaaaaa. info yang boleh dikongsi. untuk 20 minit bawa, harganya rm70. Sesekali apa salahnya ek :)


Jom layan azfar dan arham main masir pula..


Bila dah penat dan menjelang waktu maghrib, malamnye pula jom cari baju dan pakaian untuk di pakai esokkk...yahoooo....letsss shopping :)


Yang kaler hijau ni Azfar dan Arham yang punye..

yang kaler hitam ni mama dan ayah yang punye ...hikhik

Malam tu ada bawa sedikit bekalan untuk anak-anak mengoyel dalam bilik, huhu terkejut gak tengok harga barangan di sana. memang mahal, mungkin kos bawa masuk ke dalam pulau mahal kot. tu sebab harga boleh tahan gak...huhu



Tunggu esok hari ke -3 hihi

Comments

Popular posts from this blog

PAK SUPIR DI BANDUNG

SHOPPING SAKAN DI KOTA BANDUNG

LAWATAN PENANDA ARAS KE SABAH 19-23 SEPTEMBER 2012