Posts

Showing posts from 2011

TRIP TO KUCHING SARAWAK 2011

Image
          Cam biasa leen memang malas nak menulis...tp oleh kerana suami yang semangat...so leen pun buka lagi entry baru sambung story tentang trip2 vacation kami...Kepada kawan2 yang kenal leen memang tau ...kami ni memang kaki jalan...pantang cuti sekolah utara, selatan, timur barat sume tempat kami sampai...hahaha almaklumla..umur muda lagi ....jauh berjalan luas pemandanganla katakan...duit boleh dicari..kami selalu anggap Holiday adalah reward setelah penat bekerja..hihi...             Hihi melalut panjang2 pula..nak story leen memng kaki Air Asia...memang rezeki dapat promo tiket ke kuching sarawak. rm20 pegi balik .untuk 4 orang satu family total rm350 aje...ahahha memang rezeki....mula2 berdebar2 gak almaklumla tak pernah naik kapal terbang..ni 1st time...yang syoknye booking tiket bulan 3 tp nak fly bulan 10..hahaha kira hadiah birthday hubby dan celebrate birthday leen sekali la kat Sarawak nanti.. ...

Selamat Datang Ke Bilik Pemulihan SK PT KUDUS

Image
Projek terbaru siap!

Penyimpanan Susu Ibu

Image
stok EBM Adik Arham Syafi Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan: bekas plastik atau botol susu bebas BPA ( Bisphenol-A ) bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware) breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut: Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 h...

Kelas pemulihan cikgu Azleenda

Image
Alhamdulillah,tahun ini masuk tahun ke-3 cikgu azleenda mengajar di SKPK...sebelum dapat tetap...puasla mengajar sandaran sana sini pas hbs belajar di USM...walau ada kelulusan dalam course Pengurusan kewangan...tp tak penah langsung masuk kerja di bank..Memang aku dilahirkan untuk jd seorang pendidik.. Labah-labah bergantung... Ruangan matematik.. Jom baca sifir! ni anak2 murid kesanyanganku.. yang 2 org lelaki ni...dah pandai.. Seronok dan enjoy sangat bila dapat KPLI 2008 di IPTI..kenangan semasa belajar mmg tak dapat dilupakan..Sebagai GUru Pemulihan...kerja menghias kelas memang kesukaan aku...tp bab Fail...aku mmg hampeeehhhh... kepada kengkawan...jom kita kongsi2 idea tok hias kelas pemulihan kita!

Syahmi ke PASTI..

Image
Alhamdulillah selesai daftarkan Syahmi ke PASTI..Semoga Azfar Syahmi akan jadi anak yang baik dan mendengar kata mama dan ayah..Saje masukkan Syahmi ke PASTI sebab dia baru thn ni masuk 4 tahun..nak dedahkan dia dengan doa2 dan surah2 lazim...yang best sangat baru 2 minggu syahmi ke sekolah, banyak sangat perubahan yang berlaku pada dia..dah boleh nak tadah tangan nak baca doa..sebelum tido mintak maaf..nak nyanyi lagu2 nasyid dan zikir dan banyak lg..tp sebelum nak sampai sekolah berperangla nak tepis alasan yang dia akan berikan sebelum sampai ke sekolah.. mama bukan nak paksa sangat Syahmi ke sekolah, tetapi sekadar untuk memberi pendedahan kepada Syahmi betapa cantik dan lengkapnya ajaran Islam..Semoga Syahmi akan jd anak yang baik bila besar nanti..

Anak-anakku

Image
hAPPY SGT SHAMI TERPILIH MENJADI TOP 10 DR 400 PENYERTAAN http://www.facebook.com/profile.php?id=100000719409229#!/album.php?fbid=10150107748244021&id=164146604020&aid=278368 Azfar Syahmi http://www.facebook.com/profile.php?id=100000719409229#!/photo.php?fbid=202681589765820&set=o.80687412821&theater

Nak tambah susu?

Image
QUICK tips tambah susu Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan (1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Ow...

kaedah Memerah Susu

Image
Kaedah memerah Memerah susu ibu adalah bertujuan untuk membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja. Selain dari itu, memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu. Bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe. Selain dari itu, ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.Terdapat beberapa kaedah memerah yang boleh dilakukan (1) Menggunakan tangan. Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam. (A) Basuh tangan dan bekas yang akan anda gun...

Penyusuan SuSu Ibu

Penyusuan Susu Ibu : Persediaan ketika hamil Bagi wanita yang menunggu kelahiran pertama, mereka takkan 100% bersedia sehinggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai yang merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menyusukan bayi mereka tetapi apabila tiba saatnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menjayakannya. Antara persediaan mental yang boleh dilakukan sebelum kelahiran si manja anda. (1) Ikuti kelas penyusuan susu ibu. (2) Warwarkan kepada keluarga terdekat bahawa anda ingin menyusukan bayi yang bakal lahir (3) Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Bercakap dengan doktor anda mengenai keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya. (4) Sertai forum dan komuniti susu ibu seperti susuibu.com (5) Baca sebanyak mungkin informasi mengenai penyusuan susu ibu- Kellymom- Website rasmi LLL (6) Dapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berdekatan supaya mudah untuk membuat rujukan apabila mengalami sebarang masalah di awal kelahiran. (7) Ketahui masalah-masalah p...

Info Breast Feeding

Image
Ini ialah Arham Syafi